Saturday, October 31, 2009

Tsunami bakal menjelma....

salam kepada pembaca blog sekelian...

Dalam beberapa hari yang lepas, sudah kedengaran ura-ura untuk pengambilalihan pentadbiran orang ramai taman batu permai. Antaranya untuk mengadakan EGM khas bagi merealisasikan pengambilalihan tersebut.Orang kuat yang memberi idea dan bekerja di belakang tabir telah mengesahkan berita tersebut, dan dalam artikel ini ditulis, mereka ini dalam proses pengesahan dari Jabatan Berkaitan termasuk pertubuhan politik yang mempunyai hak & kepentingan ke atas aset orang ramai tersebut. Antara ketidakpuasan hati penduduk antaranya berkaitan isu, wang dewan orang ramai, penggunaan kawasan dewan sebagai kawasan "personal" dan beberapa perkara berbangkit.Termasuk pemilihan jawatankuasa pentadbiran Dewan itu sendiri.
Perkara pengambialihan yang mungkin akan dilaksanakan secara "paksa" ini dikhabarkan menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa sahaja. 2/3 dari AJk yang lama telah menyuarakan tsunami ini. Ini telah memperlihatkan kita akan kegagalan dalam sesebuah pentadbiran. Penulis berpendapat, jika kita ingin menjadi pemimpin kita mestilah mempunyai kriteria2 ini.
1. Berilmu yakni berpelajaran
2. Merendah Diri
3. Menghormati memuliakan Individu yang lain hatta penentang kita
4. Berakhlak tinggi (tidak cukup hanya hidup dalam kepura-puraan)
5. Berfikiran positif
6. mempunyai sifat / keupayaan "Problem solving" & "Creative thinking"
7. Berusaha memperbanyakkan kawan dari lawan
8. Berusaha memperbaiki kelemahan
9. senantiasa mendapatkan pandangan dari rakan2 terutama lawan

Penulis juga menyarankan agar ketua / pemimpin ini dapat membaca buku "7 habits of highly efective people" buku ini sangat baik untuk bahan bacaan.

Dalam pada itu, penulis harapkan agar AJK yang lama dapat menyediakan sebarang dokumen-dokumen yang perlu termasuk transaksi kewangan dengan jelas dan lengkap untuk persediaan di hari perhitungan. kita amat mengharapkan pentadbiran yang bersih.

sama-samalah kita memeriahkan di hari perhitungan yang tarikhnya akan diberitahu kelak. Tunailah kewajipan anda. Undi anda adalah diperlukan. Kita tidak mahu lagi cakap-cakap belakang selepas ini. Jika anda seorang yang kuat memberi komen , silalah hadir di hari perhitungan kelak.Biarlah kita bersifat dewasa dan berfikiran matang. INGAT sama-samalah kita memeriahkan lagi hari perhitungan itu. Sebarang kemusykilan, ketidak puasan hati, kemukakan dengan jalan yang betul. Sama-samalah kita lapangkan dada dalam hidup bermasyarakat ini. JADI lah INSAN yang BERMARUAH.

Thursday, November 13, 2008

bagaimana nak post comments dan posting

bagaimana nak comments

  1. masuk ke laman www.blogspot.com
  2. klik pada "Create your blog now!"
  3. Klik pada "create a google accounts"
  4. masukan particular
  5. dan ikut arahan
  6. (ini adalah bagi mereka yg tiada accounts")

untuk menjadi penyumbang article pula...

  • email kan email anda ke blackhood08@ymail.com
  • pihak kami akan membalas email anda dengan memberi "jemputan"

Monday, November 10, 2008

The Hottest Kerabu Kaki Ayam In Town...

Jika anda berminat dan menyukai masakan"kerabu kaki ayam; Ikan Siakap Stim; Mee/Meehon/ kuew tiew ladna" silalah berkunjung ke KEDAI PERMAI SEAFOOD atau Lebih Dikenali sebagai Kedai Uncle SAM. Uncle sam mempunyai 2 cawangan kedai masakan tomyamnya. Kedai makan pertama, terletak di Taman Batu Permai, Batu5 Jalan Ipoh, manakala Kedai ke-2 Terletak di Medan Selera Taman Sri Gombak. Kedai uncle sam juga bersedia menerima tempahan secara berkumpulan. Mr. Sam (Owner) boleh dihubungi dengan talian 012-3653273.

Rasailah Masakan Kerabu Kaki Ayam yang Paling best di KL. Anda pasti puas hati dengannya. Cubalah sekali pasti anda akan merinduinya. Inilah salah sebuah Kedai tomyam yang Terdapat di Taman Batu Permai dan amat terkenal.

Sunday, November 9, 2008

Kuil..oh..Kuil

Beberapa tahun lepas, sekumpulan penganut agama HINDU telah cuba mendirikan kuil nya di tapak surau taman batu permai, perebutan secara aman terjadi, malah dengan berani mereka mendirikan struktur kuil mereka. Para penduduk melakukan solat hajat 7 malam berturut-turut meminta pertolongan Allah, dan dengan kuasa Illahi pada suatu malam hujan turun dengan lebatnya dari biasa, mengakibatkan struktur kuil tersebut musnah sama sekali. Nasib, tiada siapa berada didalam kuil tersebut, dan kalau tidak pastilah ada kemalangan jiwa.

Lantas mereka penganut Hindu ini mendirikan kuil sementara secara haram dibelakang Blok 26 (Bertentangan dengan rumah Ketua Umno Baru) . Ada usaha dari mereka untuk memperbesarkan kuil haram tersebut, akan tetapi dengan keberanian Sdr. AHmad Shah (Emcee) semasa memegang jawatan Ketua UMNO Taman Batu permai, Usaha memperbesarkan Kuil Haram Tersebut Tidak Terjadi.

Akan tetapi setelah Sdr. Ahmad Shah ditumbangkan, dan digantikan dengan calon yang di war-warkan sebagai sebaik malaikat dan pembela nasib melayu, Insiden Kuil Haram ini makin menjadi-jadi. dari sebuah sturuktur asas, kini telah naik sebesar-sebesarnya. Dimanakah kata-kata "AKULAH PEMBELA MELAYU DISINI"?Adakah Sdr. Ketua yg Baru terlepas pandang? sedangkan Kuil HARAM tersebut bertentangan dengan rumah beliau. Sama-sama kita renungkan....

Saturday, November 1, 2008

Food Festive @ Taman Batu Permai

Taman Batu Permai yang terletak kira-kira 1KM dari pekan Batu5 Jalan Ipoh dan bersebelahan dengan Taman Mastiara.
Taman Batu Permai menyediakan Pelbagai pilihan Gerai-gerai makanan yang menawarkan harga yg amat berpatutan antaranya:-
Peah Corner - menawarkan sarapan pagi & t/hari (roti canai & nasi lemak & nasi campur); Pak Atan Ikan Bakar-menawarkan ikan bakar asli dan nasi campur; manakala malamnya pula hidangan Tomyam; Salam Corner, Gerai Merah Seafood; Pakya Seafood ; Peah Corner dan yang paling terkenal di KL ialah Kerabu Kaki Ayam sam (Permai Seafood); pengunjung boleh juga merasai Roti Nan Pakistan yang diawarkan di Gerai Salam Corner. Rasailah keenakan Masakan di disini.

Tahniah

sebelum itu...tidak terlambat bagi penulis untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Umno Yang Baru. Penulis mendoakan agar dengan penukaran kepimpinan kali ini akan memberi manfaat yang lenih baik kepada penduduk setempat. Ingin penulis mengingatkan diri pemimpin tersebut, termasuklah diri penulis sendiri, Jawatan yang diperolehi bukanlah untuk kemegahan diri akan tetapi ianya mambawa sejuta harapan dan amanah dari masyarakat setempat. Penulis juga beharap agar Sdr. Ketua Kita ini dapat memikul tanggungjawab denagan penuh dedikasi dan sempurna. Lupakanlah persengketaan sesama kita sewaktu berkempen dahulu, eratkanlah kembali sirratulrahim. Bersifatlah seperti padi- lagi berisi lagi menundukan diri dan hindarkanlah bersifat seperti lalang- lagi besar, lagi meninggikan diri.....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Penulis ingin mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidil Fitri" Maaf Zahir dan batin kepada bloggers sekelian.. Tujuan blog ini bukanlah untuk menjadi agenda untuk menjatuhkan seseorang, tapi sekadar untuk memperingatkan sesama insan tentang tanggungjawab dan perilaku kemasyarakatan